[VIDEO] Lapan tahun, akhirnya mama jumpa Mr. D

TUKANG GUNTING MR. D

Tangkap layar yang memaparkan tukang gunting rambut yang sedang mengunting rambut kanak-kanak tersebut.

PETALING JAYA – Penantian seorang wanita selama lapan tahun berbaloi apabila dia bertemu dengan tukang gunting rambut yang berjaya menambat hati anaknya yang juga kanak-kanak autistik.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh Imashariza, Mr. D sabar memotong rambut dan melayan kerenah anak istimewanya.

“Aish (anak) memukul dan menarik janggut Mr. D, tetapi Mr. D menasihati saya supaya tidak risau dan membiarkan sahaja. Dia tengah stres sebab tidak biasa,” katanya.

Jelas wanita itu, Mr. D bukan sahaja melayan mesra anaknya, tetapi turut menitipkan nasihat mengenai kelebihan menjaga anak istimewa.

“Kalau jaga dia baik-baik, banyak pahala dan boleh masuk syurga. Mungkin di dunia ini dia adalah ujian terbesar, tetapi di sana nanti dia akan menjadi hadiah untuk kamu,” pesan Mr. D.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dengan layanan dan nasihat yang diberikan oleh tukang gunting rambut tersebut.

“Bagus betul Mr. D. Saya juga ada anak autisme. Pernah saya bawa pergi kedai gunting rambut, tetapi ditolak kerana anak saya tidak pandai duduk diam. Bukan senang nak gunting rambut anak autisme, macam-macam kerenah,” luah Siti Nurhidayah.

“Mr. D memang terbaik. Anak saya pun sebelum ini saya bawa ke tempat Mr. D. Alhamdulillah, sekarang anak saya sudah boleh duduk diam bila nak gunting rambut,” kata Bulan Biru.

“Ayat Mr. D sangat menyentuh hati saya. Terima kasih, Mr. D, kerana menjadi insan yang baik,” ujar Fatin. – https://amiminerals.org/

@imashariza Mama dah ada tempat fav baru untuk potong rambut abang … Thank you Mr D sbb santuni anak autism kami ❤️ #autismawareness #autismacceptance #austismhaircut #keletahaisyaryan #aisyaryanjourney ♬ suara asli – Penyair Emosian