PETALING JAYA – “Siapa ‘Harimau Malaya’? Awek mana ‘Harimau Malaya’?”
Itu soalan daripada seorang isteri kepada suami yang ‘kantoi’ menyimpan namanya sebagai ‘Harimau Malaya’ di telefon bimbit.
Menerusi hantaran video di media sosial @Azizy_Rahman, jelas memaparkan wanita terbabit sedang merakam suaminya yang sedang khusyuk melihat skrin telefon bimbit dari arah belakang.
“Naya, tidur bilik asing lepas ni,”tulis lelaki itu ringkas disertai dengan tanda pagar #harimaumalaya.
Perkongsiannya itu mengundang perhatian orang ramai yang tidak ketinggalan memeriahkan ruangan komen.
“Laki aku simpan (nama) ‘Dinosaur’, aku tukar letak ‘Sayangku’. Esok tu aku tengok jadi ‘Sayangku Dinosaur’,”kongsi @realpuan.
“(Simpan) ‘My S.Y.G, bile ku tekan (paksa) tanya awat ada ‘dot dot’, dengan yakin dia jawab ‘Singa Yang Garang’,”ujar @MissHoneySha.
“Yang ni kelakar, gelak dalam ketakutan,”komen seorang lagi netizen merujuk kepada reaksi lelaki berkenaan selepas ‘disergah’ isterinya itu. – https://amiminerals.org/
@azizyrahman Naya.. Tdoq bilik asing lepasni 🤣🤣🤣 #harimaumalaya #fyp ♬ suara asli – infoinnostalgia