PETALING JAYA – Telatah seorang lelaki Amerika Syarikat dikenali sebagai Asher mencuri tumpuan netizen apabila bersemangat menjual mi rojak di sebuah pasar tani sambil menggunakan slang Bahasa Melayu yang lucu dan bersahaja.
Menerusi video perkongsian oleh @Nurellanie_, Asher dilihat membantu ibu angkatnya, Ellanie, menjual mi rojak dengan gaya promosi yang mencuit hati.
“Rojak mi, rojak mi. Beli beli, sedap ‘namampus’. Awak boleh nampak macam saya jika makan (mi rojak),” katanya.
Aksi bersahaja Asher itu membuatkan orang ramai terhibur, malah jualan mi rojak laku keras dalam masa dua jam.
Sekali pandang, telatahnya sama seperti aksi peniaga-peniaga tempatan lain ketika mempromosi juadah tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan terpikat dengan gelagat comel ‘mat salih’ itu.
“Justin Bieber jual mi rojak sedap nak mampus,” kata Umariz.
“Wow, kalau macam ini, saya tak takut nak mampus sebab nak beli abang ‘promoter’ sekali,” seloroh @Ayyymaaann19.
“Ya Allah..boleh buat menantu ni,” kata @Noura. – https://amiminerals.org/
@nurellanie_ 😆😆 Staff baru mak. #Asherdarling ♬ original sound – ʟᴀɴʏɪꜱᴍᴀɪʟ♡ – ʟᴀɴʏ.ɪꜱᴍᴀɪʟ♡