PETALING JAYA – Orang ramai memuji tindakan pantas penduduk dan pengguna jalan raya yang berlari bagi membantu mangsa kemalangan di Lempor Batu 40, Jalan Manong, Kuala Kangsar di Perak.
Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok Juni Amira, telah berlaku satu kemalangan di sebuah laluan berdekatan rumahnya baru-baru ini.
Pada video itu kelihatan kereta berwarna biru yang remuk teruk terbalik dikatakan terbabas terlanggar tiang elektrik di tepi jalan dan kenderaan itu juga mengeluarkan asap.
Selain penduduk sekeliling, beberapa individu termasuk penunggang motosikal turut berlari ke kenderaan berkenaan dengan salah seorangnya mendukung mangsa kanak-kanak keluar dari kereta.
Menjawab pertanyaan orang ramai, Juni Amira memberitahu, kereta itu dipandu oleh seorang lelaki dan dia menaikinya bersama anak saudara.
“Baru nak ambil wuduk terdengar bunyi letupan, terkejut dengar ada suara menjerit minta tolong. Alhamdulillah orang selamat. Ada dua orang, bapa saudara dan anak saudara,”katanya.
Ujarnya, salah seorang lelaki yang membantu mengeluarkan mangsa kanak-kanak menghidap penyakit jantung.
“Pak cik (tak pakai baju) ada sakit jantung, tapi dia usaha angkat lepas tu dia dah tak larat. Nasib ada budak baju merah tu berlari sambut budak tu pula,”katanya.
Dalam ruangan komen, ramai yang memuji keprihatinan orang ramai membantu mangsa kemalangan tersebut.
“Perasan tak abang yang tak pakai baju tu yang keluarkan budak dari dalam kereta. Terima kasih orang baik,”kata Aida DanishMikail.
“Abang baju merah dan baju biru tu memang laju. Berlari dia, alhamdulillah moga dipermudah urusan semua,”komen Fsyahirah.
“Terbaik abang baju merah, laju dia berlari tinggalkan motosikal. Semoga setiap langkahmu Allah permudah. Yang lain juga laju membantu,”ujar NNR.
“Jatuh air mata tengok pakat berlari pergi tolong. Terima kasih orang baik,”kata Mama Rafiq.
“Kereta tengah berasap ada risiko untuk meletup atau terbakar. Orang di dalam kereta bukan keluarga atau kenalan mereka, tapi mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk selamatkan mangsa,”kata Fhirdhaus Rahman. – https://amiminerals.org/
@juni_amira_jab baru nk ambil wudhuk terdengar bunyi letupan,terkejut dgar ada suara menjerit minta tolong.alhmdulillah org selamat🤲..#fyppppppppppppppppppppppp ♬ Kamin – EMIN & JONY