[VIDEO] \’Ini kenangan paling indah buat anak-anak\’

WhatsApp Image 2025 01 30 at 15.12.09 e1738222032516

Tangkap layar hantaran tersebut.

PETALING JAYA – Sekumpulan bapa mengajar anak-anak mereka membuat joran daripada batang pokok bertam sebelum membawa mereka mengail sebagai aktiviti balik kampung.

Menerusi perkongsian oleh @Kaki.redoh di TikTok, kelihatan para bapa menggunting, membentuk dan memasang tali serta mata kail pada batang bertam yang dijadikan joran.

Lebih menarik, anak-anak mereka kelihatan teruja apabila dapat memegang joran masing-masing sebelum mencuba nasib mengail di sawah berdekatan.

Momen itu bukan sahaja menghidupkan kembali nostalgia zaman dahulu, malah menjadi pengalaman baru bagi anak-anak yang lebih biasa dengan peralatan moden.

Rata-rata pengguna media sosial memuji usaha para bapa dan ada juga yang cemburu dengan pengalaman yang diperoleh oleh kanak-kanak tersebut.

“Kenangan ni mesti akan jadi core memory (kenangan inti) untuk adik-adik ni. Seronoknya pergi mengail ramai-ramai macam ni,” ujar @Hokhingh.

“Tak pernah iri dengan orang berduit, cuma sedikit iri dengan yang macam ini,” luah @Elmarino04.

“Ni mesti mak mak dah pening mereka dalam rumah. Bagi dekat bapa bapa pula,” usik @Han__jebon. – https://amiminerals.org/

@kaki.redohAktiviti balik kampung!!! Jarang keturunan kita Kumpawww🤣♬ original sound – KAMA