[VIDEO] ‘Ibu tidur tak lena fikir sofa dia’

WhatsApp Image 2024 09 20 at 17.33.55 e1258fcd

Tangkap layar menunjukkan sofa yang diselamatkan menggunakan bot ekoran kejadian banjir.

PETALING JAYA – “Ibu tidur tak lena fikir sofa dia,” demikian tulis @aaaniyaaa0 di TikToknya yang memaparkan kejadian banjir di Kampung Alor Senjaya, Alor Setar, Kedah.

Menerusi video yang dikongsi oleh wanita itu, menunjukkan sofa kesayangan ibunya telah diselamatkan dengan menggunakan bot ekoran banjir melanda kawasan tersebut.

Video berdurasi 12 saat itu bagaimanapun mengundang tawa pengguna media sosial dan orang ramai juga turut mendoakan mereka sekeluarga dalam menghadapi musibah banjir itu.

“Kalau kena pilih kita ke sofa yang naik bot ibu mesti pilih sofa kan. Kita ni biar jalan dalam air je,” seloroh @hidup letih.

“Ibu saya pun sejenis yang maca mini. Andai kata tak dapat selamatkan harta yang dia beli. Dia punya bebel tu dengan ayah sekali kena,” tulis @Ferrero roscher.

“Menangis kalau kena air banjir. Semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga,” komen @AinMarhiah.

“Kali pertama selama hidup ini nampak sofa naik bot,” ujar @abam_komeng.

Sementara itu, sehingga kini video tersebut telah menerima 17,200 tanda suka dan ditonton sebanyak 495,600.- https://amiminerals.org/

@aaaniyaaa0 ibu tidoq taklena wee pikiaq sofa diaa HAHAHHAHA @nisakhairinaa #banjir #banjirkedah #alorsetar ♬ suara asli – moon – june

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *