[VIDEO] Gerai kuih didakwa ‘ghaib’ dari pelanggan akibat sihir

kuih sedekah

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebuah gerai menjual kuih tradisional di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor didakwa ‘hilang’ dari pandangan pelanggan dipercayai akibat perbuatan sihir meskipun terletak di kawasan strategik.

Menurut sebuah hantaran di TikTok, seorang pelanggan yang sering membeli kuih di gerai berkenaan menyangka kedai tersebut sudah lama ditutup dan tiada orang berniaga.

Katanya, setiap kali melalui kawasan itu, gerai tersebut kelihatan kosong dan tidak beroperasi walaupun terdapat sepanduk di hadapan gerai.

“Akak bukan orang pertama yang kata begitu. Dah 30 hingga 40 orang kata benda yang sama,”kata pemilik kedai dengan nadanya kecewa.

Menurutnya, ramai pelanggan yang sebelumnya menjadi pelanggan tetap kini menyatakan pengalaman serupa, mendakwa mereka tidak dapat melihat kedai itu walaupun berada di kawasan yang ramai dilalui orang.

“Kami dah tiga bulan orang sihir kami sehingga pelanggan tak nampak gerai kami,” kata pemilik kedai dengan suara penuh kesal.

“Mereka semua ingat kedai ni dah tutup, padahal saya masih berniaga seperti biasa,”tambahnya, merujuk kepada beberapa kejadian yang berlaku dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Pemilik kedai itu juga berkongsi bahawa mereka telah mendapatkan rawatan daripada ahli perubatan tradisional dan keadaan kini semakin pulih.

“Alhamdulillah, selepas mendapatkan bantuan, keadaan normal buat sementara ini,” ujarnya. – https://amiminerals.org/

@c_bongsu77 Kesian uii nak cr rezeki org yg hati hitam ni dok kacau…sesama niaga pulak tu…niaga je la x yah nak tgok org lain laku x laku rezeki masing2 … bukqn nya rezeki hang mai ke kami x dak nye…haiish Mcm mn la cara korang berfikir ye nak dengki2 ni #dengki #dengkimge#talamgedikkaktiee#talamgediksubangbestariu#smallbusinessa#bukanmaena#kuihtradisionalt#tepungtalamsubangbestaripp#jomsupportor #fypシ ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *