Video buli pelajar sekolah di Pasir Mas kes lama

remaja memukul rakannya di sebuah sekolah

Tangkap layar video memaparkan seorang remaja memukul rakannya di sebuah sekolah di Pasir Mas yang kembali tular di media sosial.

PASIR MAS – Video seorang pelajar yang dibuli oleh rakannya di sebuah sekolah di sini, merupakan rakaman lama yang kembali ditularkan di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Dearah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kamal Azural Mohamed berkata, kejadian tersebut berlaku pada 2020 iaitu empat tahun lalu dan kes itu sudah selesai prosiding mahkamah.

“Pelajar terlibat sudah didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan didenda RM500 dengan bon berkelakuan baik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman berdurasi 54 saat menunjukkan seorang pelajar lelaki sedang dipukul rakannya yang dipercayai berlaku di dalam bilik darjah sambil disaksikan rakan-rakan mangsa termasuk merakam perbuatan tersebut. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *