[VIDEO] Bintang \’Thunderbolts\’ jatuh cinta dengan makanan Malaysia

WhatsApp Image 2025 05 03 at 17.05.53

Florence Pugh jatuh cinta dengan keeenakan makanan di Malaysia.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Hollywood, Florence Pugh mengakui jatuh cinta dengan keenakan makanan tempatan ketika menjalani penggambaran filem Thunderbolts di Malaysia baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran video di laman X oleh @GSCinemas, bintang filem tersebut berkata dia sangat menyukai suasana di negara ini dan berhasrat untuk kembali lagi jika diberi peluang.

“Sebab makanannya memang gila sedap. Saya perlu belajar beberapa hidangan terbaik, tetapi saya 100 peratus akan cuba masak makanan Malaysia dalam segmen ‘Cooking With Flo’,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna teruja dengan kenyataan Pugh dan tidak sabar menantikan tayangan filem tersebut di pawagam.

“Terima kasih Marvel, sayang dari Malaysia,” komen @KembaraQalbi.

“Awak semua lebih baik bersorak dalam pawagam bila babak ini ditayangkan,” kata @KyH_LuCAS. – https://amiminerals.org/