PETALING JAYA – Ramai netizen mendoakan kesihatan pempengaruh media sosial, Khairul Aming, selepas sebuah video memaparkan dirinya rebah akibat terlalu penat.
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Mrcosec, memaparkan Khairul Aming sedang terbaring sambil menerima rawatan di sebuah klinik.
Pempengaruh tersebut didakwa tidak cukup tidur selama hampir seminggu, selain mengalami demam dan cirit-birit selepas membantu mangsa banjir terjejas.
“Khairul Aming penat sangat. Tak cukup tidur hampir seminggu,” tulis pengguna itu dalam kapsyennya.
Sebelum ini, Khairul Aming yang mengetuai misi Bantuan Orang Baik (BOB) lebih kurang seminggu untuk membantu dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di Kelantan.
Rata-rata netizen menitipkan doa agar Khairul Aming segera sembuh dan menasihatkan beliau agar berehat untuk memulihkan kesihatan.
“Semoga Khairul Aming sentiasa kuat rohani dan jasmani agar dapat terus berbakti membuat kebajikan kepada yang memerlukan. Amin,” ujar Suryana21422.
“Semoga cepat sembuh untuk Khairul Aming. Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesembuhan, diberikan kesihatan yang baik juga untuknya,” kata Ctyzubaidah.
“Semoga cepat sembuh Khairul Aming, dan kepada semua pasukan BOB, semoga sihat-sihat dan berjaya selalu,” tambah Aira. – https://amiminerals.org/
@mrcosec Semoga @Khairulaming cepat sembuh Allah sayang orang baik #khairulaming #banjirkelantan ♬ Very Sad – Enchan