PETALING JAYA – Sebahagian pengunjung di Dataran Putrajaya menyerbu pentas utama selepas selesai acara Sambutan Hari Kebangsaan 2024 pagi tadi bagi membawa pulang lebih 10 spesis pokok bunga.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @fru_kly, memaparkan suasana riuh pengunjung sedang memilih bunga masing-masing sehingga menyebabkan kawasan pekarangan pentas menjadi kotor dan bersepah.
“Habis berselerak bunga-bunga yang ada. Ada yang sediakan beg kertas nak ambil pokok bunga bawa balik. Semangat mak cik-mak cik kutip bunga apa yang ada,” kata Ajniee.
“Nak ambil boleh, jaga la kebersihan. Kata datang sambut merdeka, tapi adab masih kelaut,” perli Hakim.
Sementara itu, di ruangan komen video tersebut, seorang pengguna @zylda berkata, para pengunjung dibenarkan ambil bunga-bunga tersebut dan katanya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh salah seorang petugas Perbadanan Putrajaya.
“Tadi, masa sebelum ramai-ramai ambil bunga ada pak cik perbadanan ini tengah buang-buang bunga selepas itu saya tanya “ini semua nak buang ke?” Pak cik jawab “Iya, baik awak ambil dari bazir nak buang”,” terangnya.
Selain itu, ada pengguna lain menjelaskan bahawa kebanyakan bunga hiasan tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama dan kebiasaannya akan dibuang selepas selesai sesuatu acara.
“Selalunya kalau acara macam ini, untuk sesetengah bunga memang mereka beli dan selepas guna akan buang sebab bunganya tao tahan lama. Bunga ini memang tanam untuk jadi hiasan buat masa yang singkat,” kongsi Ian.
“Tahun lepas kakak aku berlari pergi rembat pokok bunga atas pentas selepas selesai Sambutan Hari Kebangsaan,” kata Leeya. – https://amiminerals.org/
@fru_kl Alhamdullilah Malaysia Madani Pecinta Alam 😍💖 #merdeka #merdekamalaysia #medekamalaysia24 #putrajaya #madani #pecintaalam #fyp ♬ QKThr – Aphex Twin