[VIDEO] Berang Alza kena langgar, dua lelaki serang pemandu bas

TANGKAP layar rakaman video kejadian dua lelaki menyerang pemandu bas ekspres selepas berang kenderaannya dilanggar dari belakang.

TANGKAP layar rakaman video kejadian dua lelaki menyerang pemandu bas ekspres selepas berang kenderaannya dilanggar dari belakang.

KLUANG – Gara-gara berang kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dipandu dilanggar, dua lelaki bertindak menyerang pemandu bas ekspres dengan menggunakan senjata dipercayai sebatang kayu.

Satu rakaman video berdurasi 45 saat tular di media sosial menunjukkan salah seorang lelaki berkenaan memegang senjata disyaki sebatang kayu memukul pemandu bas terbabit.

Manakala seorang lagi dilihat turut memarahi pemandu bas selain cuba menahan seorang lagi lelaki daripada terus bertindak memukul menggunakan kayu sebelum merampas senjata itu dan bawa masuk ke dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil siasatan berhubung video terbabit mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang, Rabu lalu di Kilometer 58.5, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kluang.

Ujarnya, semasa hari kejadian polis menerima dua laporan berkaitan kejadian daripada kedua-dua belah pihak kira-kira pukul 5.50 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati, pemandu Perodua Alza bertindak menyerang dan memukul pemandu bas selepas berang kenderaannya dilanggar dari arah belakang. Polis seterusnya menerima satu lagi laporan pada pukul 3.53 petang semalam berkaitan kejadian mencederakan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bahrin berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen Rule 10 LN166/59 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.-https://amiminerals.org/