[VIDEO] BASS ‘bersemut’ main gitar bersama

WhatsApp Image 2025 06 04 at 9.40.40 PM

Tangkap layar kemesraan Syed Saddiq dan Bella Astillah yang sedang bermain gitar

PETALING JAYA – Fenomena pasangan gandingan BASS terus mencuri perhatian netizen apabila aksi mesra antara Bella Astillah dan Syed Saddiq sempat dirakam oleh penyanyi Zaki Yamani.

Menerusi satu hantaran video di TikTok milik Zaki, kelihatan Bella sedang bermain gitar sambil diperhatikan dengan penuh fokus oleh Syed Saddiq yang berada di sebelahnya ketika mereka bertiga menjalani sesi latihan lagu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan teruja dengan kemesraan pasangan tersebut, sehingga ada yang mengakui hubungan mereka memberi ‘vitamin’ kepada para peminat.

“BASS memang tak relax (rehat) eh, letih angau,” komen @Looklikebusy.

“Best ya dapat pasangan yang support (sokong) sesama sendiri. Main gitar pun teman, aku yang nak pergi buka suis lampu pun tak ada orang nak temankan,” ujar @Bungasakura.

“Dia duet lagu dengan Zaki tapi praktis dengan YB, apa ni Bella. Sabar je lah. Terima kasih Zaki untuk ‘vitamin’ hari ini,” kata @Mizz_Eybah_Rizal.

“YB ni kan, dia punya fokus bukan hanya dengan mata tapi sekali dengan jiwa untuk tiap apa saja yang bella buat sangat lah comel. Tak semua lelaki sebagus ini,” puji @Hasnah Kadir. -https://amiminerals.org/

@zakyie comel betul diorang ni ☹️💔 @Syed Saddiq @Bella Astillah ♬ Aku Ada – Putri Dahlia