PETALING JAYA – Siapa sangka, sukan susun cawan, yang tidak diketahui ramai, kini mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Baru-baru ini pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan dalam pertandingan Cup Stacking di Kejohanan Sport Stacking Terbuka Asia 2024 anjuran Persatuan Sport Stacking Dunia (WSSA) dari 29 November hingga 1 Disember.
Tahun ini, Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 487 peserta dari 11 negara, di mana pasukan Malaysia turut mencipta sejarah dengan mencatatkan masa terpantas dunia iaitu 28 saat.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut mengetahui wujudnya pertandingan rasmi susun cawan, seperti yang dikongsikan oleh netizen di media sosial.
“Saya seorang sahaja ke baru tahu ada pertandingan susun cawan?”tanya Cikglory
“Baru tahu ada pertandingan susun cawan, guna kekuatan mental dan fizikal ni,” ujar Nur Aziz.
“Punya lah lama hidup baru tahu ada acara macam ini, saya nak susun cawan dekat rak pun kadang-kadang ambil masa 5 minit, tidak tahu nak letak dekat mana dan cara nak susun,”kata Areima Legacy. -https://amiminerals.org/
View this post on Instagram