[VIDEO] Anak \’bulus\’ terkejut, kejang kena sawan

ANAK KUCING SAWAN KEJANG TULAR VIRAL

Tangkap layar menunjukkan seekor anak kucing yang kejang dan sawan kerana terkejut.

PETALING JAYA – Seekor anak kucing dikatakan terkejut lalu terkena sawan selepas diusik oleh pemiliknya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menerusi video berdurasi sembilan saat itu dikongsikan di TikTok @Bartho memperlihatkan, anak kucing berwarna putih diusik oleh pemiliknya sehingga terkejut dan kejang, kemudian si manja itu sawan serta rebah ke lantai.

Berikutan itu, orang ramai bersimpati dan menasihatkan agar pemiliknya tidak berbuat demikian.

“Janganlah lakukan dia sebegitu, dia sebenarnya kesakitan ketika menahan rasa kejang tu,” kata Sweetmom.

“Memang nampak comel dan lucu, tapi kasihan juga sampai tumbang dia dan terseret kaki tu bila nak mula jalan semula. Sakit agaknya,” kata hamba Allah.

“Dia terkejut tu nafas dia jadi berhenti. Jangan kerap sangat buat dia terkejut, kasihan,” kata Erin.

Sementara itu, ada juga yang terhibur melihat keletah dan kecomelan kucing tersebut ketika ia terkejut dan diserang sawan.

“Nak sedih ada, nak gelak pun ada mana satu ni,” seloroh @lakiorang.

“Nak kasihan tapi lawak,” kata ceo anak bongsu.

“Kasihan tapi dah tergelak adoi nasib la cik cing,” kata Kem.

Sehingga kini video tersebut mendapat 246,400 tanda suka dan ditonton sebanyak 4.5 juta. – https://amiminerals.org/

@raja_cess Membalas @bbyboo ngoten niku#catlovers #kucinglucu ♬ suara asli – Bartho 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *