PETALING JAYA – “10 juta kali aku tengok tapi tetaplah aku tak boleh tahan gelak. Nak marah, tapi kelakar.”
Itu luahan seorang wanita yang ‘serba salah’ apabila baju Melayu anaknya yang dihantar ke tukang jahit untuk diubah suai namun hasilnya ‘di luar kotak’.
Menggunakan profil @Masarrah Resources di media sosial wanita itu berkata, ekoran itu anak lelakinya itu tiada baju raya untuk dipakai.
“Sedih ‘nau’! Apa lah makcik, kalau tak boleh, jangan buat. Jangan merosakkan baju orang. Orang beli pakai duit acik,”katanya.
Perkongsian ibu kanak-kanak itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai malah ada yang menyamakan hasil ubah suai baju Melayu itu membuatkan pemakainya kelihatan seperti sedang memakai lampin pakai buang.
“Pampers dekat dalam, dik,”ujar seorang netizen.
“Tak apa dik sebab kau comel. Acik terpaksa gelak juga,”komen @shahrul@4497.
“Ya Allah maaf kan la acik, dik. Tak mampu tahan gelak,”kata @Nurull izzah.
“Ya Allah, ingtkan pakai pampers dekat luar tadi,”ucap @scorpio_biru. – https://amiminerals.org/.
@masarrahcleaningteamipohSedih nau! Apa lah makcik. Kalau tak boleh jangan buat. Jangan merosak baju org. Org beli pakai duit acik 😭😭😭😭. Sian anak sy esok xd baju raya. ♬ original sound – MasarrahResources