[VIDEO] 6,000 sertai Kursus Perdana Haji Selangor

Sebahagian daripada 6000 calon jemaah haji melakukan praktikal tawaf di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini

Sebahagian daripada 6,000 calon jemaah haji melakukan praktikal tawaf di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini

SHAH ALAM – Kira-kira 6,000 peserta menyertai Kursus Perdana Haji (KPH) 1446H/2025M peringkat Selangor bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini bermula hari ini.

KPH yang diadakan selama dua hari satu malam itu merupakan kursus haji peringkat akhir bagi memantapkan lagi persediaan bakal jemaah sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Sehubungan itu jemaah lelaki hadir dengan berihram dari seluruh daerah serta negeri ini.

Selain itu, kursus tersebut juga menekankan secara praktikal melibatkan aktiviti tawaf dan sa’ie pada sebelah petang serta bermabit dan melontar pada waktu malam.

kursus haji
Calon jemaah haji lelaki hadir mengenakan ihram pada KPH 1446H/2025M peringkat Selangor hari ini.

Bakal jemaah haji juga akan bermalam di masjid tersebut bagi merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada di Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Kursus hari kedua esok dijadual bermula dengan solat subuh diikuti praktikal ibadat haji, rumusan ibadah haji, taklimat Lembaga Zakat Selangor dan taklimat pengurusan harta pusaka oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyempurnakan KPH peringkat Selangor 1446H esok.

View this post on Instagram

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)