\’Umur 77 tahun masih menumpang rumah jiran\’

kosmo prihatin

Selamah banyak bergantung kepada bantuan jiran-jirannya di Kampung Pela, Hulu Terengganu termasuk dalam urusan makan dan minum.

HULU TERENGGANU – Seorang wanita warga emas terpaksa hidup berseorangan sejak lima tahun lalu selain menumpang hidup di rumah jirannya di Kampung Pela di sini, atas faktor ke­uzuran.

Selamah Hassan, 77, yang tidak pernah berkahwin juga menanggung penderitaan apabila menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk diabetes, tekanan darah tinggi dan saraf.

“Saya dan arwah abang kan­dung iaitu Sulaiman berhijrah dari Perak untuk bekerja sebagai buruh ladang di daerah ini setelah kematian ibu bapa pada tahun 1980.

“Arwah abang juga tidak pernah berkahwin dan dia telah meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira 10 tahun lalu menyebabkan saya kini tinggal sebatang kara,” katanya ketika ditemui di rumah jirannya di Kampung Pela di sini baru-baru ini.

Selamah berkata, tahap kesihatannya juga mula merosot sejak lima tahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung harap kepada ihsan jiran.

Katanya, dia kini bukan sekadar menghidap pelbagai penya­kit, malah perlu sentiasa memakai lampin pakai buang.

“Saya terharu apabila jiran yang tiada langsung talian kekeluargaan sudi menjaga saya termasuk menyediakan makan minum.

“Budi baik mereka memang sukar untuk dibalas dan akan saya kenang selama-lamanya,” katanya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan.

Dalam pada itu, orang ramai yang bersimpati boleh menyum­bang menerusi akaun bank milik Selamah bernombor 1150029000176673 (Bank Simpanan Nasional).