Treler terbabas, trafik sesak 15 km arah utara

3a7708e2 25e1 4d46 9ee8 903231b399ba

Keadaan kemalangan membabitkan sebuah treler dan dua kenderaan lain di KM96 arah utara dari Ayer Hitam ke Yong Peng, hari ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan dilaporkan sesak sepanjang 15 kilometer (km) akibat kemalangan di KM96 arah utara dari Ayer Hitam ke Yong Peng.

Menerusi hantaran di laman X @plustrafik, kemalangan tersebut membabitkan sebuah treler dan dua kenderaan lain yang menyebabkan kesemua lorong terhalang.

“Status terkini, lorong kiri arah utara sudah dibuka manakala lorong kanan kedua-dua arah ditutup untuk kerja pembersihan,”katanya sebentar tadi.

Sementara itu, trafik di selatan turut sesak sepanjang empat kilometer ekoran kemalangan di KM 262 dari Seremban ke Port Dickson.

Menurutnya, lorong kiri masih terhalang dan pengguna lebuh raya dinasihatkan agar berwaspada. – https://amiminerals.org/