KLANG – Sebuah treler membawa muatan minyak masak terbalik sehingga menyebabkan kesesakan sejauh tujuh kilometer (km) di Jalan Pelabuhan Barat, petang tadi.
Kemalangan kira-kira pukul 2.30 petang turut menyebabkan sebuah tong berisi minyak masak tersebut mengenai kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati treler tersebut dalam sedang menghala ke pelabuhan barat dari Shah Alam.
Katanya, lori tersebut kemudiannya terbabas lalu terbalik di lokasi kejadian.
“Akibat kemalangan itu, kontena telah pecah dan barangan berupa tong-tong berisi minyak masak bertaburan di atas jalan raya.
“Salah satu tong telah terkena pada sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan namun pemandunya tidak cedera,”katanya hari ini.
Beliau menambah, pemandu serta kelindan lori hanya cedera ringan dengan kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh tujuh km.
Hoong Fong menjelaskan kes disiasat mengikut RULE 10 LN 166/59.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh berhubung dengan balai polis trafik Klang Selatan ditalian 03-33722222,”ujarnya. – https://amiminerals.org/