Trafik perlahan, kenderaan perantau mula bergerak keluar dari Kelantan

WhatsApp Image 2024 09 17 at 4.47.10 PM

Aliran trafik perlahan di bandar Gua Musang hari ini. -Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Laluan menghala keluar Kelantan melalui bandar Gua Musang di sini sibuk dengan kenderaan ekoran perantau mula bergerak pulang ke ibu negara selepas bercuti di kampung halaman.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kenderaan melalui Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis semakin bertambah sejak tengah hari tadi.

Keadaan itu menyebabkan aliran trafik perlahan ketika melalui kawasan lampu isyarat di bandar Gua Musang dan kawasan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) menuju ke Kuala Lumpur.

Seorang pengguna jalan raya, Nurul Aisyah Talib, 38, berkata, aliran trafik perlahan di beberapa kawasan seperti Tanah Merah, Machang, Kuala Krai menuju ke Gua Musang, namun keadaan masih terkawal.

Katanya, rata-rata pengguna jalan raya mahu pulang ke ibu negara selepas pulang ke kampung halaman untuk bercuti selain menghadiri kenduri perkahwinan sempena cuti sekolah.

“Saya bertolak dari Tanah Merah pada pukul 11 pagi tadi dan tiba di bandar Gua Musang kira-kira pukul 3 petang.

“Saya sempat berhenti berehat di Hentian Rehat dan Rawat Rantau Manis di sini sebelum mendapati kawasan itu penuh dengan kenderaan,” katanya.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Muhammad Farizi Abdul Fatah, 35, berkata, kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi lancar.

Katanya, dia dan keluarga memilih untuk bertolak hari ini selepas cuti umum sempena Hari Malaysia dan sambutan Hari Maulidur Rasul.- https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *