Tiga kes keracunan makanan dalam dua bulan

keracunan makanan gambar hiasan

GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) terkenal di negeri ini didakwa sering mengalami kes keracunan makanan sehingga menjejaskan kesihatan dan tumpuan pembelajaran pelajar.

Segelintir ibu bapa mendakwa sudah tiga kali kes keracunan makanan berlaku di SBP tersebut dalam tempoh dua bulan termasuk terbaharu pada Khamis lalu.

Seorang bapa yang enggan dikenali mendakwa, kes keracunan makanan terbaharu berkenaan menyebabkan hampir 20 pelajar mengalami sakit perut, cirit-birit dan demam.

“Kebanyakan mereka terpaksa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan beberapa hospital swasta di negeri ini untuk menerima rawatan.

“Sebahagian pelajar terbabit terpaksa di dalam wad hospital kerana mengalami simptom serius,” dakwa kepada Kosmo! di sini hari ini.

Seorang kakak seorang pelajar juga kesal dengan pengurusan sekolah yang didakwa menangani kes keracunan makanan yang sudah berlarutan sejak dua bulan lalu amat dikesali.

“Saya kesal kerana kes keracunan makanan ini telah menjejaskan kesihatan pelajar malah tumpuan pembelajaran mereka terganggu.

Difahamkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif mengadakan ceramah kebersihan makanan kepada lebih 500 pelajar SBP tersebut pada awal bulan ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong yang dihubungi mengesahkan kes keracunan makanan tersebut dan siasatan sedang dilakukan. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *