Tiga jam operasi nyahcemar gas ammonia bocor di kilang ais

WhatsApp Image 2025 02 04 at 7.34.45 PM

ANGGOTA unit Hazmat menjalankan operasi nyahcemar kebocoran gas ammonia di sebuah kilang memproses ais di Kawasan Perindustrian Seri Rapat, Simpang Pulai di Ipoh hari ini.

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa tiga jam bagi menjalankan operasi nyahcemar berikutan kebocoran gas ammonia di sebuah kilang memproses ais di Kawasan Perindustrian Seri Rapat, Simpang Pulai di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kebocoran itu diterima pada pukul 1 tengah hari dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi.

Katanya, operasi turut dibantu anggota Unit Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Pasir Puteh.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi mendapati bau itu berpunca dari sebuah kilang ais. Tindakan pengungsian bangunan segera dijalankan dengan anggota memasang sawar-sawar sejauh 100 meter dari bangunan.

“Berdasarkan tindakan pengesanan oleh Hazmat, didapati bacaan kali pertama menunjukkan gas ammonia pada paras 5PPM (partikel persejuta),”katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kebocoran berlaku di salah satu hos bertekanan tinggi, namun puncanya masih belum diketahui. Kawasan itu disahkan selamat empat individu termasuk majikan yang berada di dalam premis selamat. – https://amiminerals.org/