Tiga beradik resah bapa hilang sejak lima hari lalu

WhatsApp Image 2024 09 09 at 4.04.38 PM

Sabari (tengah) bergambar kenangan dengan anak-anak dan menantunya pada Hari Raya Aidilfitri, sebelum ini.

BALING – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, di sini sejak lima hari lalu.

Menurut Amir Hakimi Sabari, 25, dia bimbang dengan keselamatan bapanya, Sabari Baharom, 62, yang gagal dikesan sehingga hari ini.

Katanya, bapanya itu dipercayai keluar dari rumah menggunakan kereta jenis Proton Waja warna emas dengan nombor pendaftaran KBP 5778.

“Laporan polis telah dibuat dan setakat ini belum ada khabar yang positif,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kali terakhir bapa dapat dihubungi adalah pada pukul 12 tengah hari, 3 September lalu.

“Saya dimaklumkan bapa ada berjumpa dengan rakannya pada malam 3 September itu yang mana setelah pulang daripada mengurut, mereka berhenti makan di sebuah kedai sebelum pulang ke rumah.

“Pada keesokan harinya, kami tiga beradik hubungi ayah tetapi tiada jawapan dan kakak sulung, Suraya Ezaty, 29, pergi ke rumah ayah tetapi ayah tiada,”ujarnya.

Jelasnya, dia telah berusaha mencari bapa di sepanjang laluan di Baling dan juga menghala rumahnya dan dua beradik lagi di Sungai Petani, dekat sini.’

“Kami bimbang dengan keselamatan ayah dan berharap ayah dapat ditemui dalam keadaan selamat,”katanya.

Tambahnya, bapanya tinggal seorang diri selepas pencen sejak dua tahun lalu dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Sabari boleh menghubungi talian 0195230287 (Amir Hakimi) atau 01110408552 (Muhaimin) atau mana-mana balai polis berhampiran. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *