Tiada kes cacar monyet di Selangor

CACAR MONYET

Jamaliah (kanan) ketika ditemui pemberita di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Tiada kes cacar monyet atau mpox dilaporkan di Selangor dan keadaan masih terkawal setakat ini.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, perkara itu dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerusi satu mesyuarat khas, baru-baru ini.

Jelas beliau, kes jangkitan cacar itu yang direkodkan kini antaranya berlaku di Kuala Lumpur.

“Kita setakat ini kita tiada menerima sebarang laporan kes mpox berkenaan di Selangor.

“Segalanya masih terkawal malah kes yang direkodkan itu bukan jenis sebaran serius dan tidak membimbangkan,”katanya selepas merasmikan sesi libat urus pelaksanaan Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Jamaliah, pihaknya bagaimanapun meminta JKNS terus memantau kes jangkitan cacar itu di semua klinik dan hospital di negeri ini.  – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *