IPOH – Tidak wujud diskriminasi dalam penempatan kursus kritikal seperti perubatan di institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti mana anggapan pelbagai pihak.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebaliknya berkata, apa yang sering menjadi pertikaian adalah pemohon tidak dapat pilihan pertama kursus yang dikehendaki seperti perubatan, farmasi dan pergigian.
“Kemasukan ke dalam jurusan pengajian tersebut adalah berdasarkan merit dan bukan mengikut kaum. Bukan hanya melibatkan masyarakat India, ada pelajar-pelajar daripada kaum Melayu pun begitu juga (tidak mendapat kursus pilihan).
“Ada mereka yang mendapat keputusan semua A tetapi tidak mendapat kursus pilihan utama kerana jumlah tempat yang terhad. Begitu juga dengan kaum Cina dan yang lain,”katanya ketika mengulas mengenai isu pelajar kaum India yang cemerlang untuk memasuki IPTA seperti dibangkitkan dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Perak 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu pelajar kaum India yang cemerlang untuk memasuki IPTA yang dibangkitkan dalam konvensyen tersebut.
Pada masa sama beliau berkata, kerajaan juga menimbangkan kes istimewa seperti pemohon atau pelajar daripada latar belakang keluarga miskin tanpa mengira kaum untuk diberikan tempat. – https://amiminerals.org/