KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi memaklumkan Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan cukai langganan ChatGPT seperti dakwaan sesetengah pihak di media sosial.
Malah kata Menterinya, Fahmi Fadzil, setakat ini tiada perbincangan mengenai perkara itu dan sebarang pengenalan cukai baharu akan dibawa ke Parlimen dan tidak hanya dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.
“Setakat ini, kita tidak membincang perkara ini (cadangan untuk mengenakan cukai ChatGPT), sama ada di Jemaah Menteri atau dalam kalangan menteri-menteri lain.
“Kita juga tak dengar perkara itu dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi bagi saya, perkara itu tidak boleh dilayan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani di sini hari ini.-https://amiminerals.org/