Tiada aduan pengasuh disyaki bunuh Al Fateh dera anak sendiri

WhatsApp Image 2024 09 09 at 3.41.54 PM

SUSPEK wanita yang mempunyai tiga anak kecil ditahan reman selama tujuh hari selepas disyaki menyebabkan kematian Al Fateh.

ALOR GAJAH – Polis tidak menerima aduan berkaitan pengasuh wanita, yang ditahan selepas disyaki menyebabkan kematian Muhamad Al Fateh Amri Mohd. Fikry, 8 bulan, melakukan penderaan fizikal terhadap tiga anaknya yang masih kecil.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini pihaknya juga belum memanggil suami kepada suspek untuk membantu siasatan susulan tiada aduan yang diterima berkaitan kes dera.

Ujarnya, suspek yang berasal Endau, Johor itu mempunyai tiga orang anak berusia dua, enam dan lapan tahun.

“Setakat ini tiada (laporan penderaan membabitkan anak-anak suspek),”jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! kelmarin melaporkan seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula sehingga 13 September ini selepas disyaki menyebabkan kematian seorang Muhammad Al Fateh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini, Jumaat lalu.

Ashari berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 34 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak Hospital Alor Gajah memaklumkan telah menerima seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mengikut laporan dibuat, mangsa telah dihantar ke taska oleh datuk dan ibunya pada pukul 7.05 pagi tadi (Jumaat), namun pada pukul 9.05 pagi, pihak taman asuhan itu menelefon si ibu memberitahu bahawa tubuh badan bayi berkenaan dalam keadaan biru,” katanya.

Bapa mangsa, Mejar Ir. Ts, Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39, berkata, kejadian menimpa anaknya itu dipercayai berpunca daripada perbuatan suspek yang membedung mangsa, menyumbat botol susu dan menekupnya dengan bantal.

Tindakan tidak berhati perut itu terbongkar selepas pemeriksaan dilakukan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *