PETALING JAYA – “Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa selama 582 hari”.
Demikian luahan suami kepada Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira yang meninggal dunia dalam keadaan tidur.
Menerusi perkongsian di laman sosial Threads, Amirul_n4fis berkata, dia bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta meskipun perit untuk menerima kenyataan.
“6 Januari 2025, papa kehilanganmu sayang. Kita sudah rancang macam-macam perkara tetapi Allah lebih sayangkan mama (Nur Izzaty Hafizah).
“Papa akan jaga amanah Allah yang ada ini… Muhammad Faleeq Haq (anak) tetap akan papa jaga, membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat, nanti papa datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” katanya dalam hantaran, semalam.
Dalam pada itu, Amirul memberitahu bahawa keputusan bedah siasat menujukkan bahawa kematian mengejut isterinya adalah disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.
“Arwah tiada sakit apa dan tidak mengadu sakit. Kami (sekeluarga) baharu sahaja balik bercuti dari Pulau Pinang. Tidak sangka itu pengakhiran jalan-jalan kami,” ujarnya.
Sementara itu, dalam hantaran berbeza, Amirul berkata, dia juga tidak menyangka hasrat isterinya untuk mengambil sijil lahir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berubah menjadi sebaliknya.
“Haritu mama cakap kita kena pergi JPN sebab sijil lahir mama hilang. Tapi hari ini, papa datang JPN sbb keluarkan sijil mati mama,”jelasnya. https://amiminerals.org/