KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif menubuhkan pasukan pemantau atau ranjer bagi menangani isu pencerobohan gajah liar di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, pasukan ranjer terbabit akan berperanan memantau lokasi berisiko yang sering dicerobohi gajah liar di di negeri ini.
Beliau berkata, anggota pasukan ranjer yang akan melakukan rondaan tersebut akan ditindak menghalau semula gajah liar yang didapati mencerobohi perkampungan penduduk ke dalam habitatnya semula.
“Sebelum ini kita telah menubuhkan projek perintis, Basong Rangers pada awal tahun ini berikutan kematian seorang lelaki warga emas di Kampung Basong, Hulu Terengganu pada hujung tahun lalu.
“Pembentukan pasukan ranjer perintis terbabit terbukti telah berjaya mengekang isu pencerobohan gajah liar di perkampungan tersebut setakat ini,”katanya di sini hari ini.
Terdahulu beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarakat khas menangani masalah gajah liar dengan pemain taruh Terengganu.
Razali berkata, pasukan ranjer terbabit akan diperluas ke Kampung Cerul, Kemaman dan Kampung Darat, Setiu yang turut kerap menghadapi masalah pencerobohan gajah liar pada masa terdekat.
Beliau berkata, setiap pasukan ranjer terbabit akan dianggotai 30 orang terdiri penduduk kampung dan anggota agensi kerajaan.
“Dianggarkan antara 300 hingga 400 ekor gajah liar terdapat seluruh Terengganu,”katanya. – https://amiminerals.org/