Tentera Darat Malaysia, angkatan Indonesia laksana rondaan bersama di sempadan

WhatsApp Image 2024 11 09 at 5.45.30 PM e1731146620660

Perbarisan pembukaan PATKOR Siri 2/2024 di Pos Gabungan Bersama (GABMA) Long Midang, Indonesia, hari ini.

Ba’Kelala – Dua pegawai bersama-sama 32 anggota lain-lain pangkat dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) akan melaksanakan rondaan bersama di sempadan bagi membanteras aktiviti lintas batas yang boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan negara.

Briged Kesembilan Infantri Malaysia menerusi satu kenyataan, berkata Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Siri 2/2024 itu melibatkan Batalion Kesepuluh Rejimen Sempadan (10 RS) TDM dan Batalyon Zeni Tempur 8/Sakti Mandraguna (Yonzipur 8/SMG) TNI-AD.

Menjelas lanjut, kenyataan itu berkata ia adalah operasi di bawah kerjasama bilateral Malaysia/Indonesia (MALINDO) yang dianjurkan oleh agensi Tim Perancang Operasi Darat (TPOD) dan Coordinated Operation Control Committee (COCC).

“Rondaan bersama ini merangkumi 40 unit batu sempadan di persempadanan Malaysia-Indonesia,”katanya.

“Aktiviti bilateral tahunan ini sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 dalam memperkukuhkan lagi hubungan diplomasi pertahanan kedua-dua angkatan tentera antara TDM dan TNI-AD,”katanya.

Terdahulu, katanya perbarisan pembukaan PATKOR Siri 2/2024 telah disempurnakan bersama oleh Kepala Staf Korem (Kasrem) Korem 092/Maharajalila, Kolonel Inf Darwis Efendi S.E., M.M dan Pegawai Memerintah 10 RS, Lt Kol Ismanizam Ismail. – https://amiminerals.org/