Tengku Mahkota Kelantan dimasyurkan sebagai Pro-Canselor UMK

WhatsApp Image 2025 05 05 at 6.36.59 PM

Tengku Muhammad Fakhry Petra semasa bertitah pada Majlis Ijazah Pemasyuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14 di UMK Kampus Bachok hari ini. -Foto ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

BACHOK – Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dimasyurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena Majlis Ijazah Pemasyuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14.

Watikah pemasyuran dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan turut disaksikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Baginda menzahirkan pendekatan pengajian di UMK wajar berorientasikan pembelajaran abad ke-21 dengan mengambil kira elemen gaya hidup digital, penguasaan teknologi, peralatan, perkhidmatan digital dan cara kerja berasaskan pengetahuan.

Baginda sentiasa memantau perkembangan dan pencapaian UMK sama ada pada peringkat nasional atau antarabangsa sepanjang tahun lalu.

“Pada era globalisasi, kita sedang menyaksikan perubahan kehidupan dalam konteks bekerja, komunikasi atau mengakses maklumat.

“UMK perlu menilai semula keseluruhan ekosistem universiti itu bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif,” titah baginda. – https://amiminerals.org/