Tenaga pengajar tiada permit antara 146 kes penipuan IPTS dikesan

WhatsApp Image 2024 11 11 at 1.36.58 PM

Mustapha ketika di Dewan Rakyat hari ini. -Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Sebanyak 146 kertas siasatan dibuka ke atas institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) membabitkan kes penipuan bagi tempoh 2019 sehingga kini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, tindakan itu dibuat berdasarkan pemeriksaan audit pematuhan kepada Akta 555 yang dilaksanakan terhadap 355 IPTS di seluruh negara.

“Berdasarkan jumlah kertas siasatan yang telah dibuka tersebut, sebanyak 82 kes
yang telah dikenakan tindakan kompaun,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mordi Bimol (PH- Mas Gading) berhubung bilangan kes penipuan melibatkan
IPTS sejak tahun 2019 hingga kini dan langkah
penguatkuasaan yang telah diambil.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, antara kesalahan yang kerap dilakukan di IPTS
adalah tenaga pengajar tidak memiliki
permit mengajar yang diluluskan Ketua Pendaftar.

Katanya, bagi kesalah tersebut, sebanyak 47 notis kompaun telah dikeluarkan.

“Sejumlah 12 notis kompaun dikeluarkan bagi kesalahan membuat perubahan butiran syarikat tanpa kelulusan Ketua Pendaftar.

“Selain itu, 12 notis kompaun turut dikeluarkan bagi kesalahan beroperasi di premis tidak berdaftar di bawah Akta 555,”ujarnya.

Tambahnya, tindakan susulan
akan dipanjangkan untuk kertas siasatan dibuka seterusnya dikenakan tindakan pendakwaan selaras dengan Akta 555 jika didapati bersalah. – https://amiminerals.org/