Teknologi AI tangkap si pengotor

0f426afe 9435 46e0 9e0a 982ef5a9af3b

LING Tian Soon (dua kiri) menunjukkan kamera teknologi AI yang dipasang di kawasan komersial Taman Johor Jaya, Johor Bahru untuk mengesan pesalah yang membuang sampah merata-rata di kawasan berkenaan.

JOHOR BAHRU – Johor akan menggunakan bantuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengenal pasti individu yang membuang sampah merata-rata khususnya di kawasan perniagaan dan pusat komersial.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, projek rintis akan dimulakan di Taman Johor Jaya, di sini yang menerima aduan tinggi berhubung aktiviti pembuangan sampah haram.

Katanya, penggunaan kamera litar tertutup dengan bantuan teknologi AI adalah pendekatan baharu diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan terlibat.

“Kawasan komersial di Taman Johor Jaya di sini merupakan lokasi kerap terima aduan berkenaan isu sampah dibuang merata-rata, kadang kala bertimbun tak diselenggara.

“Walaupun Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah buat kerja pembersihan, namun masalah ini tetap berulang. Jadi pendekatan baharu diambil dengan memasang kamera AI sebagai langkah pemantauan dan juga mengumpul bukti,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi tersebut.

Tambah Tian Soon, kamera pintar itu boleh mengenal pasti dan ‘zoom in’ individu yang buang sampah secara haram sekaligus membolehkan pengecaman wajah dibuat. – https://amiminerals.org/