MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan sebanyak 292 saman dalam operasi serentak menerusi Ops Khas Gempur Teknikal 2025 di tiga plaza tol utama di negeri ini semalam.Dalam operasi bersepadu itu, sebanyak 643 buah kenderaan terdiri daripada kenderaan persendirian dan barangan diperiksa dengan 102 kenderaan dikenal pasti melakukan pelbagai kesalahan.JPJ Melaka berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan sebanyak 206 notis atas kesalahan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, serta pelbagai isu teknikal.“Sebanyak 50 notis PG1 dikeluarkan sebagai larangan penggunaan kenderaan, sementara 53 notis arah pemeriksaan kenderaan dikeluarkan mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dlaam kenyataan di sini hari ini.Dalam operasi menyeluruh di Plaza Tol Alor Gajah, Ayer Keroh dan Jasin, JPJ turut mengambil tindakan ke atas lapan kesalahan di bawah Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 termasuk tiga lori yang dikesan menggunakan tayar haus atau rosak yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. – https://amiminerals.org/
Catatan Berkaitan
\’Game over\’ adik Along Cham masuk pula tumpahkan teh panas
- admin
- 30/01/2025
- 0
ADIK Along Charm menghangatkan \’plot twist\’ konflik nak cerai taklik dan isu siapa tipu siapa antara abang dan kakak iparnya. PETALING JAYA – Terus menjadi […]
Hati-hati ‘penjenayah’ dalam rumah sendiri
- admin
- 25/11/2024
- 0
Jika dahulu kita takut penjenayah di luar rumah, sekarang perlu berjaga-jaga kerana di dalam rumah juga belum tentu selamat 100 peratus. – Gambar hiasan Minggu […]
Lelaki alami masalah psikiatri maut terjun jambatan Klang
- admin
- 24/12/2024
- 0
Tangkap layar video penemuan mayat itu. KLANG – Suasana di Jambatan Ketiga Klang di sini, gempar apabila seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas dipercayai […]