KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan dengan pelbagai kaedah bagi mengesan mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, malam ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, antara kaedah digunakan adalah Ground Penetrating Radar (GPR), ‘jetting’ dan ‘rodding’.
“Hari ini SAR diteruskan dengan pencarian mangsa oleh Agensi Nuklear Malaysia menggunakan GPR.
Pada masa yang sama, pihak Indah Water Konsortium membuat kerja – kerja jetting (pancutan air tekanan tinggi) dan ‘rodding’ (menarik halangan sepanjang 15 meter) bagi membersihkan halangan dalam saluran paip kumbahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas kenyataan itu, keadaan di lokasi pencarian adalah terkawal dan SAR pada hari kelapan diteruskan dengan pencarian pada waktu malam.
Tambahnya, orang awam juga memberikan kerjasama yang baik dengan tidak memasuki kawasan yang telah dipasang tali keselamatan. -https://amiminerals.org/.