KUALA LUMPUR -Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman akan ditutup esok, berikutan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Jumaat lalu.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, penutupan itu bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang masih hilang, di sini.
“Ia bagi memastikan keselamatan peniaga, pengunjung pasar malam terjamin dan kerja-kerja ujian tanah oleh agensi kerajaan dan Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India,” katanya hari ini.
Menurutnya, tindakan itu untuk mengenal pasti kedudukan dan keselamatan jalan raya sekitar tempat kejadian.
“Penutupan ini adalah perlu untuk memastikan keselamatan peniaga dan orang awam terjamin.
“Kegagalan untuk mematuhi arahan ini akan mengakibatkan tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga,” katanya.-https://amiminerals.org/.