Tak patuh prosedur, DBKL kompaun 5 kontraktor korek jalan

WhatsApp Image 2025 04 29 at 6.16.22 PM

Antara syarikat kontraktor yang dikenakan tindakan dalam Ops Korekan Jalan.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap lima syarikat kontraktor dalam Ops Korekan Jalan di sekitar Segambut, Bukit Bintang dan Kepong, Jumaat lalu.

DBKL menerusi satu kenyataan berkata, ia berikutan syarikat terbabit didapati tidak mematuhi prosedur kerja serta melakukan pelbagai kesalahan lain.

“Sebanyak lima syarikat kontraktor yang sedang menjalankan kerja penambahbaikan di lima lokasi berbeza diperiksa membabitkan kelulusan permit, prosedur kerja dan bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam terjaga.

“Hasil semakan, lima notis kompaun dikeluarkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil (UUK) Pengangkutan Bahan 1997 atas pelbagai kesalahan,”katanya.

Operasi itu yang turut disertai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mengeluarkan satu notis kompaun ekoran pihak kontraktor gagal mendapatkan kelulusan. – https://amiminerals.org/