PETALING JAYA – Seorang individu meluahkan rasa kesal apabila rumah yang disewakan kepada dua wanita ibarat seperti ‘tong sampah’.
Ini kerana kata pemilik tersebut yang dikenali sebagai Mimi Marina, keadaan rumahnya sangat kotor dan berbau hapak serta sampah bertaburan.
“Baru selesai mengemas rumah yang disewakan kepada dua orang perempuan. Orangnya cantik dari segi zahirnya tetapi bila tiba di kediaman tadi, bilik tidur berbau hapak.
“Kain baju berterabur, tidak berlipat hanya digulung-gulung terpuruk dalam almari, lantai bilik berpasir (masuk ke bilik tidur tak tinggalkan kasut diluar agaknya,”luahnya di media sosial.
Tambah wanita itu lagi, sampah seperti plastik jajan dan botol mineral juga diletakkan di bawah katil
“Peket makan jajan dan botol mineral di sumbat bawah katil, tumpahan makanan dibawa ke dalam bilik tidak dicuci
“Perempuan jenis apa macam tu?. Tak guna pakai make up (mekap) tebal-tebal kalau masih pengotor, tak ada disiplin diri,”katanya sambil berharap agar tiada lagi penyewa seperti itu selepas ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama apabila mendapat penyewa seperti itu.
“Aku kena lagi teruk sinki tandas sampai berlumut, pad perempuan, pakaian dalam, katil dan sofa patah, perempuan kot duk.sakit hati. Beza penyewa lelaki bawa motor masuk dalam rumah, tapi bila keluar rumah bersih. Sekarang tak ambil dah penyewa perempuan,”tulis Mohd. Ismail Zainol.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Shanarizah Mohd Shah.
“Pernah juga terjadi pada rumah saya yang disewakan kepada tiga anak dara. Masa jumpa memang nampak cantik dan bergaya.
“Sekali bila mereka keluar dari rumah sewa, tengokkeadaan rumah, terutama dapur dan bilik air kotor yang tak boleh nak bawa bincang, pengotor betul,”ujarnya. – https://amiminerals.org/