\’Tak boleh duduk diam\’ – Nabila Razali berdebar bersalin anak pertama

WhatsApp Image 2024 12 10 at 09.49.42 e1733795490260

Nabila dijangka bersalin anak pertama Januari 2025. – AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin anak pertamanya Januari depan.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, 32, yang masih aktif bekerja meski usia kandungn sudah mencecah sembilan bulan berrkata, dia banyak bertanya tentang pengalaman wanita lain yang pernah melalui proses tersebut sebelum ini.

“Kini saya hanya menunggu minggu untuk melahirkan anak pertama yang dijangka pada Januari depan.

“Ya rasa gemuruh, saya sudah tanya ramai orang mengenai pengalaman bersalin termasuk Bella Astillah.

“Sekarang alhamdulillah masih diberi tenaga bekerja. Mengikut perancangan, saya sepatutnya dah berehat dari kerjaya seni bulan lalu tetapi disebabkan saya seorang yang tak boleh duduk diam, saya memilih untuk terus bekerja,”katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis pelancaran single terbaharunya bersama Bella berjudul CACACA di sini, semalam.

Dalam masa sama, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami, Nik Iruwan Nik Izani yang sangat menyokong dirinya terutama dalam tempoh kehamilan cahaya mata sulung mereka.

“Suami okey dengan keputusan saya untuk aktif bekerja cuma dia pesan jaga diri elok-elok dan jangan terlalu bekerja keras takut penat.

“Rezeki saya juga memiliki seorang suami yang sangat memahami dan menyokong.

“Cuma setakat tempoh kehamilan, semuanya berjalan dengan baik dan minta semua dapat doakan agar urusan bersalin nanti dipermudahkan,”katanya lagi.

Berkongsi tentang persiapan barangan bayi, Nabila mengakui perkara itu mula dilakukan sejak minggu lalu kerana jadual kerja yang padat sebelum ini.

“Persiapan barang bayi saya mula lakukan sejak minggu lepas. Dalam sibuk bekerja, sempat juga saya curi masa untuk beli beberapa keperluan seperti kereta sorong dan sebagainya.

“Ramai juga nasihatkan saya termasuk ahli keluarga agar berpada-pada dalam berbelanja sebab lihat terlalu galak membeli macam-macam barang,”ujarnya yang dijangka bercuti selama dua bulan untuk berpantang selepas bersalin sebelum kembali mula bekerja pada Ramadan tahun depan.

Berkongsi tentang lagu CACACA, Nabila teruja dapat bergandingan dengan Bella untuk menyanyikan sebuah lagu yang sarat dengan elemen nasihat dan ‘self love’.

“Lirik dan mesej dalam CACACA sangat positif dan mahu lari dari lagu-lagu lain sekarang ini yang banyak mengandungi lirik berbaur negatif.

“Harap peminat dapat menerima CACACA sebab ramai sudah menanti untuk saya muncul kembali dengan elemen pop selepas tampil dengan karya galau sahaja sebelum ini,”kongsinya.

Awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan sebelum mengumumkan jantina bayinya iaitu lelaki pada November lalu.

Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November 2023. – https://amiminerals.org/