Syor RCI: Masih tiada laporan polis diterima terhadap Tun M

WhatsApp Image 2024 12 10 at 3.01.35 PM

Razarudin ketika berucap pada majlis pelancaran buku PDRM : Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan dalam Mengekalkan Keamanan Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima sebarang laporan polis berkaitan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasatan jenayah dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkait isu Pulau Batu Puteh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara tersebut ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

“Belum terima lagi apa-apa laporan (berhubung perkara berkenaan),”katanya ringkas pada sidang akhbar Pelancaran buku PDRM: Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan dalam Mengekalkan Keamanan Negara, di sini, hari ini.

Terdahulu, Laporan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diedarkan untuk Ahli Parlimen di Dewan Rakyat minggu lalu, antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.

Prosiding dicadangkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilaporkan menyifatkan sebarang kesalahan dalam soal menyerahkan kedaulatan termasuk terkait isu Pulau Batu Puteh, adalah pengkhianatan besar kepada negara.-https://amiminerals.org/.