Syed Saddiq, Bella sedondon naik Kinabalu, naik pelamin bila?

BELLA SADIQ KINABALU

LENGKAP berbaju rata sedondon warna hijau, Bella Astillah dan Syed Sadiq berjaya menawan puncak Kinabalu pagi tadi.

PETALING JAYA – Misi tercapai, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon, Bella Astillah melakar kejayaan bersama apabila berjaya menawan Gunung Kinabalu, Sabah hari ini dengan memakai busana tradisional Melayu.

Bella, 31, menyifatkan pendakian ke puncak yang bermula hari ini dari Laban Rata sebagai satu pengalaman yang sangat bermakna buat dirinya yang juga anak kelahiran Sabah.

“Alhamdulillah kami berjaya, pakai baju raya mendaki Gunung Kinabalu.

“Mula mendaki pada pukul 3 pagi. Pendakian yang penuh bermakna!

“Penat dia memang saya tak boleh nak ungkap dengan kata-kata tetapi apabila tengok pemandangan masya-Allah, memang tidak ternilai, cantik betul Kinabalu,”katanya.

Pendakian mereka turut mengundang banyak komen usikan daripada netizen yang rata-ratanya memberi ‘lampu hijau’ sekiranya mereka benar-benar menjalin hubungan cinta.

“Selalunya orang cakap kalau naik Gunubg Kinabalu bersama, jodoh panjang.

“Naik gunung sudah, tinggal nak naik pelamin pula.

“Gunubg Kinabalu sudah tawan, bila YB nak tawan hati Bella pula?”usik netizen.

Dalam misi pendakian ke puncak, Syed Saddiq, 32, segak memakai baju Melayu berwarna hijau dan sedondon dengan Bella yang menyarung baju kurung warna senada.

Turut kelihatan menemani Bella ialah adiknya, Didi Astillah yang sama-sama mendaki hingga ke pundak Kinabalu.

Semalam, kedua-duanya memulakan misi pendakian dan tiba di Laban Rata selepas hampir enam jam mendaki.

Bella juga berseloroh mengatakan Syed Saddiq sebagai ‘Ironman’ kerana dilihat sangat bertenaga sepanjang pendakian mereka ke Laban Rata. – https://amiminerals.org/