Suspek tikam dua wanita di Kelana Jaya dituduh Isnin depan

WhatsApp Image 2024 08 16 at 19.11.47 042c64c6

Lokasi kejadian di mana dua wanita iaitu guru besar dan jurujual diserang suspek dengan pisau \’rambo\’ 9 Ogos lalu.

PETALING JAYA – Lelaki yang menyerang dua wanita dengan pisau ‘rambo’ di surau Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kelana Jaya, akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sudah dilengkapkan.

Katanya, kertas siasatan berkenaan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Suspek kes tikam di sebuah surau di Kelana Jaya akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya akan dituduh pada 19 Ogos (Isnin) nanti.

“Arahan tuduh sudah diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya dan akan dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan suspek berusia 46 tahun itu ditahan di sekitar Kajang Selasa lalu dan direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.

9 Ogos lalu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan perut sementara guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan serta tangan kiri.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek dipercayai warga tempatan itu. – Iteenews.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *