Sultan Nazrin berkenan melawat makmal analisis NR-REE pertama negara

Sultan Perak berkenan berangkat ke Terra Mineral Lab Sdn. Bhd. TML di Kawasan Perindustrian Gopeng hari ini. Foto oleh ZULFACHRI

Sultan Perak berkenan berangkat ke Terra Mineral Lab Sdn. Bhd. (TML) di Kawasan Perindustrian Gopeng hari ini. – Foto oleh ZULFACHRI

GOPENG – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke makmal analisis unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) pertama negara, Terra Mineral Lab Sdn. Bhd. (TML) di Kawasan Perindustrian Gopeng, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak, Datuk Anuar Zainal Abidin.

Terdahulu, Sultan Nazrin turut berkenan berangkat ke kilang pusat pemprosesan (CPP) secara percubaan (POC), Malaco Mining Sdn. Bhd. di Taman Perindustrian Tungzen, Kampung Kepayang di sini.

Kilang pemisahan bahan galian kritikal itu telah mencapai kejayaan mengasingkan empat kumpulan unsur nadir bumi (REE) merangkumi lanthanum cerium (LaCe), praseodymium neodymium (PrNd), samarium europium gadolinium (SEG) dan heavy rare earth element (HREE) – https://amiminerals.org/