PETALING JAYA – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam selepas lima hari menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan.
Khabar gembira itu telah dikongsi menerusi satu hantaran di laman Facebook Jabatan Penerangan Brunei Darussalam.
Bagaimanapun kata hantaran itu, pakar perubatan menasihati Baginda untuk terus berehat selama beberapa hari lagi di Malaysia sebelum berangkat pulang ke Brunei.
Terdahulu, Sultan Hassanal, 78 tahun, berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bersama pemimpin-pemimpin ASEAN lain.
Namun, pada Selasa lalu Baginda dikhabarkan sedikit keletihan dan pakar kesihatan Malaysia telah menasihatkan untuk berehat selama beberapa hari di IJN.-https://amiminerals.org/