PETALING JAYA – Kaum suami diwajibkan untuk memberi makan dan minum isteri sebanyak dua kali sehari.
Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, selain daripada dua kali makan dan minum sehari, suami turut diwajibkan untuk membeli dua pasang pakaian kepada isterinya setahun.
“Bukan tu sahaja, penempatan kepada isteri dan anak juga diwajibkan ke atas suami itu tadi, tidak kira rumah dibeli, disewa atau apa-apa rumah yang kadar berkemampuan suami tersebut.
“Namun jika isteri yang menghalalkan suami itu, contohnya gaji isteri itu besar itu tidak masalah, janganlah memperbodohkan isteri lagi dengan bayaran yang macam-macam,”katanya dalam satu klip video ceramahnya sebelum ini.
Katanya, kalau isteri menghalalkannya itu tiada masalah, tapi ingatlah dua kali makan minum isteri dan anak sehari adalah wajib.
“Itu yang wajib, yang lebih itu adalah sunat, jangan bagi isteri bayar itu ini,”katanya. – https://amiminerals.org/.