LUMUT – “Suami pesan supaya saya banyakkan berzikir. Tidak sangka itu kata-kata terakhir arwah ketika berjumpa dengannya petang semalam.”
Demikian kata Nur Firdaus Salwa Zamrin, 30, isteri Imam Masjid As-Siddiq, Taman Iskandar Perdana, Seri Iskandar, Nurul Kamal Zulkanain, 37, yang terkorban dalam nahas di Kilometer 212.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara di sini petang semalam.
Menurut wanita itu, arwah datang ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menghantar barangan keperluan bayi dan menguruskan perpindahannya bersama bayi mereka dari wad bersalin ke wad unit jagaan rapi.
Ini selepas anak bongsu pasangan tersebut dijangkiti demam kuning.
Nur Firdaus Salwa melahirkan bayi perempuan yang juga anak ketiga pada pukul 2.30 pagi kelmarin dan arwah yang mengalunkan bacaan iqamat ke telinga selain sempat mendakap dan mengucup bayi tersebut.
“Arwah berada bersama saya kira-kira sejam petang semalam (kelmarin) sebelum beredar dari hospital,”katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik HSM hari ini. – https://amiminerals.org/