Steinbruckner tinggalkan skuad Sang Penyu

Steinbruckner

Steinbruckner.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) yang mengalami kemerosotan prestasi kehilangan pengemudi selepas ketua jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Steinbruckner yang berasal dari Croatia memutuskan demikian selepas mengadakan perbincangan bersama kepimpinan TFC.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd. Sabri Abas berkata, penolong jurulatih, Ivica Vranjes dan jurulatih kecergasan, Hrvoje Bradasic turut meninggalkan kelab bersama Steinbruckner.

“Hasil perjumpaan bersama Steinbruckner, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk beliau melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih TFC musim ini.

“Ia kesepakatan bersama berdasarkan prestasi semasa pasukan dan bertujuan meningkatkan keputusan kelab di dalam padang,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Mohd. Sabri berkata, tugas sebagai pengendali sementara TFC bagi menghadapi PDRM pada Jumaat ini, bakal digalas jurulatih, Badrul Afzan Razali dan Hairuddin Omar. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *