SPRM tunjuk wang tunai RM170 juta, Ismail Sabri dipanggil Rabu ini

SPRM

Azam ketika sidang akhbar di Putrajaya sebentar tadi.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dirakam percakapan pada Rabu ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bagaimanapun, proses rakaman percakapan yang akan dijalankan adalah bergantung kepada tahap kesihatan ahli Parlimen Bera itu.

“Ekoran daripada itu SPRM akan mengambil rakaman percakapan semula atau pun tambahan daripada Datuk Seri Ismail Sabri bergantung kepada tahap kesihatan beliau.

“Dan dijangka rakaman percakapan ini akan dibuat pada hari Rabu minggu ini iaitu selang satu hari daripada sekarang.

“Rakaman percakapan akan berkisar daripada pengisytiharan harta beliau dan juga berhubung kes yang sedang disiasat sekarang ini,” katanya menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan SPRM mengesahkan Ismail Sabri kini disiasat pihaknya berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa ahli Parlimen Bera itu ketika menerajui kerajaan.

Berita lanjut menyusul. – https://amiminerals.org/