SPRM rampas aset, keluar kompaun lebih RM285 juta tahun lalu

WhatsApp Image 2025 04 25 at 11.46.35 PM

Azam bergambar bersama wakil serta ketua-ketua pengarang media pada Malam Anugerah Media SPRM Kali ke-5 Tahun 2024 di Kuala Lumpur malam ini.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membeku, merampas, melucut hak serta mengeluarkan kompaun yang keseluruhan bernilai lebih RM285 juta melibatkan pelbagai jenayah rasuah tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan itu membuktikan penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan oleh pihaknya berkesan.

Malah katanya, ia juga menunjukkan SPRM bukan sekadar menyiasat, malah memulihkan kembali hak rakyat yang telah dikhianati.

“Pada suku pertama tahun ini, SPRM mencatatkan sitaan aset terbesar setakat ini sebanyak RM177 juta, melibatkan wang tunai dan jongkong emas yang terkait dengan siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Dalam semua operasi ini, saya ingin menegaskan bahawa siasatan SPRM sentiasa dijalankan dengan prinsip bebas, telus dan profesional, berlandaskan undang-undang dan tanpa sebarang campur tangan politik,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Malam Anugerah Media SPRM Kali ke-5 Tahun 2024 di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, siasatan kes-kes berprofil tinggi ini membuktikan bahawa SPRM bertindak tanpa takut atau pilih kasih.

“Tidak kira individu yang terlibat adalah bekas pemimpin tertinggi negara, wakil rakyat negeri ataupun pengarah syarikat-syarikat besar.

“SPRM akan terus memberi tumpuan kepada kes-kes ‘grand corruption’ dan berkepentingan awam kerana kita mahu memastikan bahawa setiap sen hasil daripada amalan rasuah dan penyelewengan dapat dikembalikan semula kepada rakyat,”katanya.-https://amiminerals.org/